Monday 9 December 2013

Makluman Mesyuarat Guru Kali Pertama 2014

MEMO DALAMAN Kepada : Semua Guru / Staf Sokongan SK Kampong Setar, 06900 Yan Daripada : Guru Besar, SK Kampong Setar Ruj. Kami : Tarikh : 10/12/2013 Perkara : Mesyuarat Kali Pertama Sesi Persekolahan 2014 Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. Mohon Kerjasama semua guru untuk hadir bertugas dan menghadiri mesyuarat Kali Pertama sesi persekolahan 2014 seperti ketetapan berikut; Tarikh : 29/12/2013 (AHAD) Masa : 9.30 am hingga 1.30tgh Tempat : Bilik Mesyuarat Sekian terima kasih. ” PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG ” Saya yang menurut perintah, Cg. Johari bin Hj. Mohamad Guru Besar SK Kampong Setar 06900 Yan

Makluman Keputusan UPSR 2013

MEMO DALAMAN Kepada : Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid Tahun 1 hingga 6 Sekolah Kebangsaan Kampong Setar Daripada : Guru Besar, SK Kampong Setar Ruj. Kami : Tarikh : 11/11/2013 Perkara : KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2013 DAN AGIHAN SUMBANGAN ZAKAT DAN HARI ANUGERAH TUNAS BESTARI Dengan segala hormatnya pihak sekolah menjemput semua ibu/bapa/penjaga hadir ke sekolah untuk menghadiri dan meraikan kejayaan anak-anak mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 14 / 11 / 2013 (KHAMIS) Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 petang Tempat : Dewan Sekolah. Tentatif Majlis : 9.00 am : Pendaftaran Waris 9.30 am : Ucapan Perasmian YDP PIBG 9.30 am : Majlis Anugerah Tunas Bestari Bermula 10.30 am : Rehat 11.00 am : Ucapan Guru Besar 11.30 am : Majlis Penyampaian Keputusan UPSR 12.30 tgh : Majlis Bersurai 2. Murid-murid dikehendaki memakai uniform sekolah pada hari tersebut. Sekian terima kasih. Saya yang menurut perintah, Cg. Johari Mohamad Guru Besar SK Kampong Setar 06900 Yan

Sunday 1 December 2013

Pelajar 5A SKKS UPSR 2013.

Ain Izzati dan Keluarga. Tahniah kerana meletakkan 
SK Kampong Setar ke puncak jaya
Anda Kebangaan Kami !!!!!!!!!



Friday 15 November 2013




For UPSR 2013

Datangnya dengan HARAPAN
Pulangnya membawa KEJAYAAN


Berani Hijrah, KEKAL sedia ada,
Langkah bergaya,senyuman bermakna,
keputusan ditangan, siapakah gerangannya
yang pastinya KEJAYAAN sudah dirasainya

( Tn. Guru Besar membawa Keputusan 
UPSR yang diterimanya ) 



Debaran ingin  Mengetahui Keputusan UPSR

TAHNIAH!!!!!Kepada Adik AIN IZZATI BT.ILIASMendapat Keputusan 5A dalam UPSR


Kejayaan Adik Ain Izzati
turut diraikan oleh kedua ibubapanya


Bergambar Kenangan bersama Guru dan murid Tahun 6
*** Anak-anak yg bawa 84.6 % pencapaian UPSR 2013 **

SYABASS!!! AIN IZZATI
Kejayaan Mu Kebanggaan Sekolah`




 Hari Anugerah Tunas Bestari
Tahun 2013

14-11-2013 -Majlis Penyampaian Hadiah Kepada murid- murid yang telah bejaya dalam pelajaran sepanjang sesi 2013. Bantuan Zakat juga diberikan kepada semua murid, Set Alat Tulis untuk murid Pra Sekolah, Pakaian seragam sekolah beserta beg untuk murid Tahun 1 hingga 5 dan RM 50.00 Kepada murid Tahun 6. Majlis ini dirasmikan oleh YDP PIBG En. Mohd.Rozi Bin Zainol.

Pendaftaran Waris
Penyampaian hadiah kepada murid

Bantuan Pakaian Seragam Sekolah dan Bag sekolah
( Sumbangan Bantuan Zakat )


Tokoh NILAM
(Bacaan Buku Terbanyak )
Dimenangi oleh Adik Iman Firdaus Binti Shafie
Hadiah Sebuah Basikal mini
Tokoh MURID Tahun 2013
Disandang oleh Adik Ain Izzati Binti Ilias
Hadiah Berupa Tropi Dan Sijil Penghargaan

Thursday 14 November 2013



Jamuan Akhir Tahun

Guru Dan Murid SK.Kampong Setar
12.11.2013

Mehh kita pekena  resepi baru,  na..la punya......
Lauk kambing Masak Tempoyak
campoq budu.

Makan-makan jangan malu.... pengantin nyerr yang manerr.

Anak-anak makan kenyang2,
 tak kenyang gak minta cikgu ta pau bawak balik












Tuesday 22 October 2013



Hahh! Banjir Lagi..

21/10/2013 - Arrrrgh.....TI..DAKKKKK.!!!!!!!!! macam maner nak balik ni,Bulan Lepas dah banjir, hari ni pun  banjir lagi.... semakin teruk. Adoii laa..tolong!...nak balikkk!! 

Jalan Utama Ke SK.Kampong Setar dilimpahi
air sekitar jam 11.00pagi - 7.00ptg
Jalan ini di tutup sementara bagi kenderaan berat dan ringan,
 akibat kenaikan paras air secara mendadak dan hujan renyai-renyai.

sekitar jam 3.00ptg

Pandangan Dari Arah Jambatan menghala ke SK.Kampong Setar



                         Alhamdulillah , mujur sempat keluar
dari teperangkap banjir,
Terima Kasih Orang2 Kampung
kerana membantu.


Sunday 6 October 2013

kawad kebakaran

Program Kebakaran Sekolah
03.Oktober.2013( Khamis )





Ceramah Ringkas mengenai 
kebakaran dan cara menggunakan
Alat Pemadam Api









Demontrasi Memadam Kebakaran
Oleh Guru Dan Murid





 Pameran Peralatan yang terdapat
pada Kereta Bomba








Penyerahan Sijil Penghargaan
yang disampaikan oleh Tn. Guru Besar
kepada Anggota Bomba
Bergambar murid Pra Sekolah Al-tasnim
dengan Barisan Anggota Bomba
Sempena Program Kebakaran Sekolah







Saturday 21 September 2013

Lawatan Sambil Belajar Ke Alor Setar

19/09/2013- JOM melawat Kedah, walaupun kita merupakan anak jati kedah masih banyak lagi tempat-tempat yang menarik belum dikunjungi. Kali ini  lawatan anjuran Pusat Sumber  Sekolah membawa murid-murid SKKS Menimba pengetahuan dan pengalaman luas di tempat-tempat yang dilawati.






Teruja tersangat" Naper la plak x jln2 lagi nihh!!
Menaiki Pesawat TUDM PC -7 Turbo









Kenangan Bersama Pesawat & Abang2 Hemsem
Di Pangkalan TUDM Kepala Batas A/S






Teknik Tradisional" Cara Menumbuk Padi "
" Agak nya Bila Blehh Makan Ekk "








Pemandangan  Berlatar belakangkan Gunung Keriang
Di Muzium Padi






Latihan Mewarna Batik
Di Pusat Kraftangan Hutan Kampong

Hasil Kerja Murid
" Mewarna Batik"

Menaiki Basikal Kabel di Pusat Sains


"Awas Kawan disebelah sedang memerhati Anda "







Ayoyoooo... Tangan pun Ade Bakar kaa?
Fuhhhh Dasyattt








Magic Superwomen staq
"Ganasss sungguh cg2 Staq"

Monday 16 September 2013

15/9/2013 -Guru Besar Menerima Sumbangan Zakat Kerajaan Negeri Kedah di Majlis Sumbangan Bantuan Zakat di SMK Sungai Layar disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah - Dato' Tajul Urus. Turut hadir Pegawai pendidikan Daerah KMY -Hj. Abdul Razak Mat


Saturday 14 September 2013

Perkhemahan unit beruniform



Perkhemahan Unit beruniform telah diadakan pada Jumaat 13/9/2013 hingga 14/9/2013. Program yang dikelolakan oleh Pelatih IPG Kampus Perlis ini telah dibantu oleh beberapa orang rakan mereka yang sedang menjalani praktikum sekitar sekolah ini.





Luka sikit-sikit tu biasalah.......................... tak gitu Cik Limah....

Tuesday 10 September 2013

Banjir Lagi.....

Kesian depa kat sebelah sekolah ni........ Ni dah kali 2 dah kena banjir ni.....dalam minggu ni je....
Macam manlah agaknya cikgu-cikgu SK Kampong Setaq nak balik ni...................!!!!!!
Harap-harap tak kena tangung kereta le ...!!!!!!