Tuesday 6 October 2015

Wednesday 22 July 2015


Program " JOM PI SEKOLAH "

16 April 2015 ( Khamis ) - Program Jom Pi Sekolah yang diadakan ini bertujuan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid sekolah. Selain itu, iajuga bertujuan memberi kesedaran dan teguran kepada ibubapa tentang kepentingan kehadiran  dan pemantauan terhadap anak mereka ke sekolah setiap hari. Seramai 35 orang murid  menerima cenderahati dan sijil kehadiran penuh bermula Bulan Januari hingga Mac 2015. Turut disampaikan pada hari tersebut ialah Lencana Jom Pi Sekolah kepada semua murid SK Kampong Setar.


Taklimat Ringkas " JOM PI SEKOLAH " Oleh
  Cg. Sirozi selaku Pen. Kanan HEM

Kempen " JOM PI SEKOLAH "
Murid dan  waris datang turut memberi sambutan sempena Program Ini


Ust. Abdul Ghani  Menyampaikan cenderahati dan Sijil Kehadiran penuh
 Bulan Januari hingga Bulan Mac kepada murid.


Wednesday 8 July 2015


Demontrasi Memadam Kebakaran & Teknik Pertolongan Cemas


15 April 2015 ( Rabu) - Demontrasi Memadam Kebakaran Teknik Pertolongan Cemas diadakan  bertujuan memberi pendedahan kepada murid bagaimana menggunakan Alat Pemadam api, Kain Basah serta  mengajar cara-cara melakukan teknik pertolongan Cemas ( CPR ). Demontrasi ini dilaksanakan oleh Pihak JPAM . Peluang dan pendedahan sebegini sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman murid. Ternyata semua warga SK Kampong Setar dilihat bersemangat dan memberi kerjasama dengan baik. 



Bergambar Kenangan Bersama JPAM

Pihak JPAM sedang memberi taklimat ringkas

Cg. Sirozi Dan Cg. Kojai  melakukan aksi  memadam kebakaran
dengan menggunakan kaedah Kain Basah.

Salah Seorang Murid sedang mencuba teknik pertolongan ( CPR )

Pihak JPAM menunjuk cara merawat tangan yang patah
menggunakan kain anduh sebagai bahan sokongan


Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41

05.03.2015   -  SK Kampong Setar telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG 
kali ke-41, Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato'Dr Ku Abdul Rahman Bin Ku Ismail iaitu ADUN Guar Chempedak. Penganjuran kali ini ternyata mendapat sambutan yang menggalakan dari para waris.

      Acara kemuncak majlis ini adalah acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik dan ditunggu-tunggu oleh para waris dan guru yang terlibat.





Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG dirasmikan
oleh Dato' Dr Ku Abdul Rahman Bin Ku Ismail.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa PIBG


Sambutan menggalakkan daripada para waris

Bergambar Kenangan Bersama Dato' Dr Ku Rahman Bin Ku Ismail
merangkap ADUN Guar Chempedak 


Menyuarat Agung PIBG disambung dan diteruskan
oleh YDP PIBG baru yang dilantik iaitu En. Abd. Ghani Bin Abidin



Majlis Pelancaran Bulan Pencengahan Dadah
Peringkat Sekolah

03.03.2015   -  Objektif majlis pelancaran ini dilakukan adalah untuk memberi kesedaran tentang bahaya dan akibat dari pengambilan DADAH kepada murid sekolah. Selain itu, turut diberi penerangan tentang cara awal berlakunya gejala dadah serta langkah-langkah pencengahan.
      Majlis turut diserikan dengan bacaan doa, lafaz ikrar, penyampaian tag " SAYA BENCI DADAH" dan gimik pembakaran Replika Rokok dan Dadah yang telah disempurnakan oleh Pn Fauziah Binti Othman ( Guru Besar )


Hari Pelancaran Bulan Pencengahan Dadah

" Kami BENCI DADAH "


Guru Besar Pn. Fauziah membakar  kotak dan rokok sebagai simbolik
Pelancaran Bulan Pencengahan Dadah peringkart Sekolah

AWAS "Jauhi Rokok Jauhi DADAH "

Guru Besar  mengenakan Tag " Saya BENCI DADAH " pada murid-murid sekolah


HARI KECERGASAN SEKOLAH

11.03.2015 -   Hari kecergasan sekolah ini diadakan untuk menggalakkan amalan cara hidup sihat di kalangan warga sekolah dan para waris. Aktiviti dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis, En. Sirozi Bin. Mohd Noh dan seterusnya dirasmikan oleh Tn.Hj.Shukri Bin Abas Selaku Penolong Kanan Pentadbiran. Seramai 3 orang Insruktur dari Pejabat Kesihatan Daerah Yan telah dijemput untuk mengetuai acara senamrobik tersebut. Kemudian diteruskan dengan acara 1000 langkah, ternyata program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru murid, mahupun waris.


Ucapan Aluan yang disampaikan oleh En. Sirozi Bin Mohd Noh ( PK HEM )

Senam Robik

Tu...dia tarian poco..poco ( Senam Robik )

Berjalan 1000 Langkah
" Baik-baik la.....Cg. Ani oiii..penat tengah jalan tak ka haru...)
Melepas Lelah di Perangin Pin


Hari Kecergasan SK Kampong Setar


MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 

08 MAC 2015Seramai 34 orang murid yang terdidri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah menerima watikah pelantikan jawatan masing-masing. Pelantikan ini dibuat berdasarkan sifat kepimpinan yang dimiliki oleh murid tersebut. Objektif majlis ini adalah untuk memberi penjelarasan kepada murid tentang tanggungjawab yang dipikul oleh mereka. Watikah ini disampaikan oleh Guru Besar SK Kampong Setar.

Guru Besar Menyampaikan Watikah kepada pengawas sekolah

Bacaan Ikrar 

Bergambar kenangan barisan Pengawas Sekolah

Wednesday 10 June 2015

LATIHAN KAWAT KECEMASAN (FIRE DRILL)

29 JANUARI 2015


Pada hari khamis yang lalu, SK Kampong Setar telah mengadakan satu latihan kawat kecemasan (Fire Drill). Tujuan Fire Drill ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid SKKS tentang langkah-langkah awal yang perlu dilakukan apabila berlaku sesuatu kecemasan. Selain itu, murid didedahkan tentang laluan-laluan yang perlu semasa situasi kecemasan berlaku.


Selepas loceng dibunyikan, semua murid dikawal oleh
guru kelas dan berkumpul di padang SKKS 

Bukan sahaja murid tetapi guru, staf dan pekerja kebersihan juga perlu berada di padang.
Tujuannya adalah untuk memastikan semuanya "selamat". 

Guru kelas akan periksa murid di kelas masing2 untuk pastikan tiada murid yang tertinggal.
murid juga perlu pastikan rakan mereka ada bersama
.
Akhir sekali, taklimat ringkas dari PKHEM tentang kelancaran latihan Fire Drill pada hari tersebut.

*Ucapan terima kasih kepada semua yang sama2 menjayakan program ini* 

Wednesday 18 March 2015

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Tahun 2015

 15.01.2015 - Pihak sekolah telah menganjurkan Majlis Maulidur Rasul dengan kerjasama Ahli Jawatan Kuasa Masjid Kariah Kampung Setar. Antara aktiviti  yang dijalankan sepanjang berada di Masjid Kariah Setar adalah:


** Majlis Bacaan Al Quran
** Perarakkan  Maulidur Rasul 
** Ceramah Maulidul Rasul S.A.W oleh Yg. Bhg. Ust Bakri Bin Yahya
** Penyampaian Sumbangan dan Cenderamata
** Jamuan











Pengumuman Keputusan UPSR
Tahun 2014


sr
Ucapan Aluan Guru Besar mengenai Keputusan UPSR Tahun 2014 

TAHNIAH .....Kepada Adik Muhd Luqman Nur Haqeim kerana berjaya mendapat 5A UPSR

TAHNIAH .juga.....Kepada  adik Muhd Fauzan Bin Ahmad Sopian kerana berjaya memperolehi  5A UPSR

SYABBAS.....