Wednesday 10 June 2015

LATIHAN KAWAT KECEMASAN (FIRE DRILL)

29 JANUARI 2015


Pada hari khamis yang lalu, SK Kampong Setar telah mengadakan satu latihan kawat kecemasan (Fire Drill). Tujuan Fire Drill ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid SKKS tentang langkah-langkah awal yang perlu dilakukan apabila berlaku sesuatu kecemasan. Selain itu, murid didedahkan tentang laluan-laluan yang perlu semasa situasi kecemasan berlaku.


Selepas loceng dibunyikan, semua murid dikawal oleh
guru kelas dan berkumpul di padang SKKS 

Bukan sahaja murid tetapi guru, staf dan pekerja kebersihan juga perlu berada di padang.
Tujuannya adalah untuk memastikan semuanya "selamat". 

Guru kelas akan periksa murid di kelas masing2 untuk pastikan tiada murid yang tertinggal.
murid juga perlu pastikan rakan mereka ada bersama
.
Akhir sekali, taklimat ringkas dari PKHEM tentang kelancaran latihan Fire Drill pada hari tersebut.

*Ucapan terima kasih kepada semua yang sama2 menjayakan program ini* 

No comments:

Post a Comment