Sunday 31 January 2016

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS 2016

Alhamdulillah.... tanggal 31 Januari 2016,hari Ahad, semua pengawas sekolah,pengawas pusat sumber sekolah,ketua kelas dan penolong ketua kelas sesi 2016 telah ditauliahkan dalam majlis perhimpunan rasmi. Majlis pentauliahan telah disempurnakan oleh En. Shaidin bin Md Saman, 
Guru Besar SK Kampong Setar.
Program ini merupakan salah satu daripada program yang terdapat di dalam Unit HEM yang diketuai oleh PK HEM, En. Sirozi b Mohd Noh.
Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas sekolah,pengawas pusat sumber,ketua kelas dan penolong ketua kelas supaya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
Inshaa allah....kem kepimpinan pula akan menyusul selepas ini.

Thursday 7 January 2016

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1437 H /2016 PERINGKAT SEKOLAH









Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada tanggal 7 Januari 2016,hari Khamis, bersamaan 26 Rabiul Awal 1437 Hijrah bertempat di kantin SK Kampong Setar.Majlis sambutan pada tahun ini dimulakan dengan bacaan Yaasin yang diketuai oleh Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad
(PK Kokurikulum) bermula jam 7.30 pagi. Majlis sambutan diteruskan dengan persembahan Qasidah oleh pelajar Maahad Tahfiz Al-Fityah, Kampong Setar.Ini disusuli dengan ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh ustaz dari tahfiz berkenaan. Majlis sambutan yang begitu ringkas tapi penuh bermakna ini diakhiri dengan persembahan nasyid Yaa Hanana yang begitu syahdu dan menusuk kalbu.

Monday 4 January 2016

SIRIH PULANG KE GAGANG....

Pihak pengurusan dan warga SK Kampong Setar mengalu-alukan kehadiran dua orang warga pendidik yang baharu. Kedua-dua warga pendidik berkenaan memulakan tugas di sekolah ini berkuatkuasa 1 Januari 2016 yang lalu.

Pn. Laila bt Abu Bakar,guru Bahasa Arab, bertukar dari Selangor kembali ke negeri Jelapang Padi setelah sekian lama berkhidmat di perantauan.

En. Farihan bin Nazri@ ABAH, guru Bahasa Inggeris pula bertukar dari SK Bukit Besi,Dungun,Terengganu Darul Iman kembali ke negeri kelahiran setelah 15 tahun berkhidmat di perantauan.


Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri,
Lebih baik negeri sendiri.

Ibarat sirih pulang ke gagang.


Pihak sekolah berharap agar kedua-dua warga pendidik ini dapat bersama-sama berganding bahu ke arah kecemerlangan Starian.