Tuesday, 11 September 2012
Sambutan Majlis Hari Raya 2012
29 OGOS 2012 - Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Sekolah tahun ini dibuat dalam suasana sederhana tetapi meriah. Majlis yang diadakan bersama dengan jamuan perpindahan Mantan GB - En. Marzuki Hanafiah. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah IPG KSAH yang juga merupakan Ayah Angkat kepada SKKS.
Sunday, 9 September 2012
Monday, 27 August 2012
Persiapan Sambutan Aidilfitri 2012
Hah! nun dia.. mek ani tunjuk bakat dah....
Bungkus Ketupat.......... bukan senang oooiiiiiiiiii,
Jangan jadik lepat dah....
Tarek lagi......tarekkk........
Oopps.....terlebih sudah....
Program Minggu Sains
Majlis Perasmian Minggu Sains yang dirasmikan oleh Yg. Bhg Datuk Ku Abdul Rahman Bin Ku Ismail ADUN Guar Chempedak pada 10. Ogos.2010 anjuran SK.Kampong Setar dan kerjasama IPGKSAH.
Replika Gunung Berapi (Simbolik Minggu Sains ) yang dihasilkan oleh usahasama staff SK.Kampong Setar
Replika Gunung Berapi (Simbolik Minggu Sains ) yang dihasilkan oleh usahasama staff SK.Kampong Setar
Pelancaran Roket sempena Minggu Sains oleh Guru Pelatih IPGKSAH
Aktiviti/eksprimen sains yang dilakukan murid SK.Kampong Setar ( Daya Keseimbangan )
Pelbagai lagi Aktiviti / eksprimen sains yang dihasilkan oleh murid.
Sunday, 26 August 2012
Hari Anugerah Cemerlang
Majlis Anugerah Cemerlang diadakan pada 18/7/2012. Majlis dirasmikan oleh Penyelaras Parlimen Jerai, Dato' Suhaimi b. Abdullah. Majlis turut dihadiri oleh pimpinan masyarakat setempat dan waris. Dalam majlis ini Dato' Suhaimi dengan sukacitanya berjanji akan menyumbangkan RM3000 kepada tabung PIBG SK Kampong Setar.
Mesyuarat Agung PIBG Kali 38
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 38 telah diadakan pada 28 Mac 2012
Majlis kali ini telah dirasmikan oleh Penyelaras Parlimen Jerai - Dato' Suhaimi
Sebahagian ibubapa yang hadir bersama dengan VIP
YDP PIBG - Sdr Azizan sedang menyampaikan Ucapan.
Ucapan Perasmian oleh Penyelaras Parlimen Jerai - Dato' Suhaimi
Thursday, 16 August 2012
Alfatihah Untuk YDP PIBG SK Kampong Setar
TINGGAL KENANGAN...penduduk, Zulkifli Suid menunjukkan keadaan motosikal milik arwah. Gambar kecil, Azizan.
“Lebih menyedihkan kematian ayah begitu tragis,” kata Muhammad Faiz, 21, anak sulung kepada Azizan Abu, 50, yang terbunuh akibat disambar petir dalam kejadian di Kampung Setar, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikatakan baru pulang mengerjakan sawah dan mahu mengambil anak bongsunya pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Setar yang terletak berhampiran.
Mangsa dipercayai disambar petir ketika menunggang motosikal sebelum terjatuh di tepi sawah, kira-kira empat kilometer dari rumahnya. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah termasuk melecur di muka, badan, kepala dan kedua-dua betis. Sebelum itu, hujan lebat kira-kira 15 minit disusuli petir melanda kawasan berkenaan.
Muhammad Faiz berkata, ketika kejadian dia berada di Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri, Perlis.
“Minggu lalu, saya rasa tidak sedap hati kerana terlalu memikirkan ayah di rumah menyebabkan Sabtu lalu, mengambil keputusan pulang ke kampung menjenguk keadaannya.
“Ketika itu, saya sudah melihat perubahan pada arwah ayah apabila tidak banyak cakap dan bertukar pendiam.
“Saya ketika itu tidak mengesyaki sesuatu kerana memikirkan arwah mungkin penat menguruskan sawah selain aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya yang ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Sementara itu, saksi kejadian, Mohd Rozi Zainal, 53, berkata, ketika kejadian, dia ternampak mangsa menunggang motosikal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
“Tiba-tiba saya nampak cahaya terang dari langit dan selepas itu tidak lagi melihat mangsa menyebabkan saya terus bergegas pulang memanggil penduduk kampung untuk membantu mencarinya.
“Bagaimanapun, mangsa ditemui terbaring dihempap motosikalnya yang terbalik di tepi sawah dipercayai sudah meninggal dunia.,” katanya.
Katanya, dia sendiri turut terkena panahan petir apabila mengalami kecederaan di pipi kiri selain badan terasa panas hingga kini.
“Mangsa dihantar ke Hospital Yan oleh anggota polis selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya.
Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Setar, di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam anak berusia antara sembilan hingga 21 tahun.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Artikel ini disiarkan pada : 16/08/2012
Selamat Menghadapi UPSR
Subscribe to:
Posts (Atom)