29 JANUARI 2015
Pada hari khamis yang lalu, SK Kampong Setar telah mengadakan satu latihan kawat kecemasan (Fire Drill). Tujuan Fire Drill ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid SKKS tentang langkah-langkah awal yang perlu dilakukan apabila berlaku sesuatu kecemasan. Selain itu, murid didedahkan tentang laluan-laluan yang perlu semasa situasi kecemasan berlaku.
Selepas loceng dibunyikan, semua murid dikawal oleh guru kelas dan berkumpul di padang SKKS |
Bukan sahaja murid tetapi guru, staf dan pekerja kebersihan juga perlu berada di padang. Tujuannya adalah untuk memastikan semuanya "selamat". |
Guru kelas akan periksa murid di kelas masing2 untuk pastikan tiada murid yang tertinggal. murid juga perlu pastikan rakan mereka ada bersama. |
Akhir sekali, taklimat ringkas dari PKHEM tentang kelancaran latihan Fire Drill pada hari tersebut.
*Ucapan terima kasih kepada semua yang sama2 menjayakan program ini*
|