RENUNG-RENUNG
UNTUK GURU
- ‘Semua gerak dan diam kita
selaku guru dalam membentuk dan mengajar,dan meneladan hendaklah mempunyai
niat dan tujuan bagi mencapai maqam/tahap ‘kerja sebagai ibadah’,kalaupun
tidak mencapai maqam sedemikian sekurangnya maqam lebih rendah iaitu ‘kerja
kerana kerja’.Mutu dan prestasi kita insyaAllah akan meningkat
dari satu tahap ke satu tahap yang lain jika kita sedia dan sentiasa
memegang amanat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.aw. melalui sabda
baginda:
“Barang
siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,
dialah
orang yang beruntung.
Barang
siapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
dia
adalah orang yang rugi.
Dan
barang siapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia
tergolong orang yang tidak disukai Allah s.w.t.”
2.’Proses mendidik seperti proses
mencuci pakaian.Kalau daripada jenis sutera:celup,bilas dan sidai.Jika jenis
rayon,kena basuh dengan tangan perlahan-lahan.Kalau kain kapas pula ,kena berus
dan kalau belacu kenalah sental kuat. Janji bersih dan yang dibersihkan belacu
tetap belacu, tidak mungkin jadi sutera tetapi belacu yang bersih.’
3.’Dalam pencarian ”Guru Sebenar
Guru” ..antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya berakal? Ramai
mengaku berilmu tapi kurang berakal apatah lagi yang sedikit ilmunya tapi
langsung tidak berakal; itulah punca amal dan bual tidak menjadi berakal.’
4..Sentiasalah ingat dan waspada
bahawa perkara yang kita buat dan yang kita tidak buat hari ini akan menjadi
kenyataan pada suatu hari nanti,dan kerana itu juga setiap yang bergelar guru
patut sedar,
”If the student fails to learn, the
teacher fails to teach.” – Anon
No comments:
Post a Comment