Thursday 4 February 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2016

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SKKS kerana telah berjaya menjayakan kejohanan  balapan dan padang pada tahun ini. Kejohanan bermula pada jam 8.00 pagi dengan perarakan masuk kontinjen dan lintas hormat di hadapan Tuan Guru Besar, En. Shaidin bin Md Saman dan barisan pendidik SKKS. Kejohanan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan bacaan ikrar kejohanan.
En. Shaidin bin Md Saman, Guru Besar SKKS kemudiannya telah merasmikan kejohanan pada tahun ini. Acara yang dipertandingkan pada tahun ini adalah acara larian 80 meter lelaki dan perempuan untuk murid Tahun 1 dan Tahun 2, acara larian 100 meter untuk Tahun 3,4,5 dan 6,acara sukaneka prasekolah,acara lompat jauh,lompat tinggi dan lontar peluru.

Rumah Tuah telah mengungguli kejohanan balapan dan padang pada tahun ini. Naib Johan pula disandang Rumah Kasturi manakala Rumah Jebat menduduki tempat ketiga.
Walaupun diadakan secara sederhana,kejohanan pada tahun ini tetap meriah dengan telatah dan karenah para peserta.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
GO...GO...STARIAN