Tuesday 23 July 2013

Kejohanan Sukan Sekolah 2013

Pada 03 Julai yang lalu SKKS telah menjalankan Kejohanan Sukan Sekolah 2013 bertempat di padang sekolah SKKS. Terdapat pelbagai acara yang telah dipertandingkan antaranya ialah lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, acara-acara balapan dan sukaneka khusus bagi murid-murid Tahun 1, 2 dan 3. 

Pak Chaq dan Cikgu Helmi pura-pura sibuk buat line atas padang..

Anak murid rajin~~tak boleh tengok cikgu buat kerja sorang-sorang..

Tengah buat kerja tapi pantang jumpa kamera...ish ish ish~~

Cikgu Seri dan Cikgu Yusra...tak dapat join acara pun tak pa janji dapat pegang 
medal pun kira besaq tuah dah...hihihi

Semangat sungguh murid-murid SKKS melaung ikrar sempena hari sukan sekolah...

Para guru teruja nak menyertai acara yang dipertandingkan...

Pak Chaq dan murid-murid Tahun 6 bersedia nak lari bersama-sama...

Guru besar, Cikgu Johari bersama Olahragawan dan Olahragawati Sekolah 
serta Olahragawan dan Olahragawati Harapan Sekolah.

Semangat betoi Ketua Rumah Kasturi..
maklum lah tahun nih jadi Johan Keseluruhan...Tahniah~~

KeMbAnG kEmPiS~~

Pada 20 Januari yang lalu beberapa orang guru pelatih dari IPG KSAH telah dihantar untuk menjalani Praktikum Fasa III selama 3 bulan. Mereka ini terdiri daripada dua orang guru pelatih Matematik dan dua orang guru pelatih Sains. Sepanjang kehadiran mereka ke sini terdapat beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan di bawah kendalian mereka. Antaranya ialah :
1.     Membantu mengelolakan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah 2013
2.     Mengendalikan Majlis Istiqbal Ramadhan 1434 H
3.     Menghias dan Menceriakan Semula Makmal ICT

Terdapat juga beberapa aktiviti sampingan yang turut dilakukan oleh mereka. Boleh disimpulkan bahawa dengan kehadiran mereka, sekolah mendapat pelbagai faedah daripadanya.

Wajah-wajah pelapis pendidik anak bangsa untuk generasi seterusnya.
Dari kiri Asyraf, Yusra, Mariam dan Helmy.

Masing-masing sedang menikmati keindahan alam semula jadi.
Dari kiri Helmy, Adi, Sifu Mokhtar dan Asyraf.

Mengidam nak terjun Perangin Pin~~ tapi lupa bawak baju lebih pulak~~
Dari kiri Sazali, Yusra dan Mariam