Tuesday 23 July 2013

KeMbAnG kEmPiS~~

Pada 20 Januari yang lalu beberapa orang guru pelatih dari IPG KSAH telah dihantar untuk menjalani Praktikum Fasa III selama 3 bulan. Mereka ini terdiri daripada dua orang guru pelatih Matematik dan dua orang guru pelatih Sains. Sepanjang kehadiran mereka ke sini terdapat beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan di bawah kendalian mereka. Antaranya ialah :
1.     Membantu mengelolakan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah 2013
2.     Mengendalikan Majlis Istiqbal Ramadhan 1434 H
3.     Menghias dan Menceriakan Semula Makmal ICT

Terdapat juga beberapa aktiviti sampingan yang turut dilakukan oleh mereka. Boleh disimpulkan bahawa dengan kehadiran mereka, sekolah mendapat pelbagai faedah daripadanya.

Wajah-wajah pelapis pendidik anak bangsa untuk generasi seterusnya.
Dari kiri Asyraf, Yusra, Mariam dan Helmy.

Masing-masing sedang menikmati keindahan alam semula jadi.
Dari kiri Helmy, Adi, Sifu Mokhtar dan Asyraf.

Mengidam nak terjun Perangin Pin~~ tapi lupa bawak baju lebih pulak~~
Dari kiri Sazali, Yusra dan Mariam


No comments:

Post a Comment