Tuesday 6 May 2014

RENUNG-RENUNG UNTUK GURU


  1. ‘Semua gerak dan diam kita selaku guru dalam membentuk dan mengajar,dan meneladan hendaklah mempunyai niat dan tujuan bagi mencapai maqam/tahap ‘kerja sebagai ibadah’,kalaupun tidak mencapai maqam sedemikian sekurangnya maqam lebih rendah iaitu ‘kerja kerana kerja’.Mutu dan prestasi kita insyaAllah akan meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lain jika kita sedia dan sentiasa memegang amanat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.aw. melalui sabda baginda:

“Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,
dialah orang yang beruntung.
Barang siapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
dia adalah orang yang rugi.
Dan barang siapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia tergolong orang yang tidak disukai Allah s.w.t.”

2.’Proses mendidik seperti proses mencuci pakaian.Kalau daripada jenis sutera:celup,bilas dan sidai.Jika jenis rayon,kena basuh dengan tangan perlahan-lahan.Kalau kain kapas pula ,kena berus dan kalau belacu kenalah sental kuat. Janji bersih dan yang dibersihkan belacu tetap belacu, tidak mungkin jadi sutera tetapi belacu yang bersih.’

3.’Dalam pencarian ”Guru Sebenar Guru” ..antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya berakal? Ramai mengaku berilmu tapi kurang berakal apatah lagi yang sedikit ilmunya tapi langsung tidak berakal; itulah punca amal dan bual tidak menjadi berakal.’


4..Sentiasalah ingat dan waspada bahawa perkara yang kita buat dan yang kita tidak buat hari ini akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti,dan kerana itu juga setiap yang bergelar guru patut sedar,


”If the student fails to learn, the teacher fails to teach.” – Anon

No comments:

Post a Comment